Gajah laut
Gajah laut

Gajah laut

M. angustirostris
M. leoninaGajah laut atau anjing laut gajah ialah sejenis anjing laut yang besar dalam genus Mirounga. Terdapat dua spesies gajah laut, iaitu: Gajah Laut Utara (M. angustirostris) dan Gajah Laut Selatan (M. leonina). Kedua-duanya diburu sampai hampir pupus pada akhir abad ke-19, tetapi semenjak itu bilangannya bertambah pulih. Gajah Laut Utara yang agak kecil berbanding saudaranya dari selatan, bertaburan di pantai Pasifik Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. most Kawasan pembiakan paling utara di Pantai Pasifik ialah Race Rocks di hujung selatan Pulau Vancouver di Selat Juan de Fuca . Gajah Laut Selatan pula ditemui di hemisfera selatan, khususnya di pulau-pulau Georgia Selatan, Pulau Macquarie, dan pesisir pantai New Zealand, Afrika Selatan, dan Argentina di Semenanjung Valdés, iaitu koloni gajah laut keempat terbesar di dunia.